Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini kerana ekonomi negara dan du­nia diunjurkan terus berkembang, sekali gus memacu pe­ningkatan nilai eksport negara.

“Pengukuhan ringgit mungkin akan menjejaskan segelin­tir industri, terutamanya yang berdagang dalam mata wang dolar termasuk sarung tangan getah.

“Namun demikian, secara keseluruhan, kami yakin ia tidak akan menjejaskan eksport negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena sambutan Hari Eksport 2018 di sini semalam.

Mustapa menjelaskan, antara faktor lain yang akan memacu eksport pada tahun ini ialah penawaran produk berkualiti yang diyakini pasaran antarabangsa.

Menyentuh mengenai prestasi jumlah dagangan bagi tahun 2017, beliau berkata, pihaknya mengunjurkan peningkatan sebanyak 16.6 peratus kepada kira-kira RM1.8 trilion.

“Tahun 2017 merupakan tahun yang gemilang bagi daga­ngan negara dengan pengukuhan eksport serta jenama Malaysia.

“Ini juga disebabkan aras asas yang lebih tinggi berban­ding tahun sebelum (2016),” katanya.

Mustapa bagaimanapun menegaskan pengumuman ber­kenaan prestasi dagangan Malaysia bagi 2017 akan dibuat dalam tempoh satu hingga dua minggu akan datang.

Bagi tempoh 11 bulan pertama 2017, dagangan negara berjumlah RM1.6 trilion, berkembang sebanyak 20.8 peratus berbanding­ tempoh sama 2016.

Eksport berjumlah RM856 bi­lion, naik sebanyak 20.4 peratus, manakala import tumbuh seba­nyak 21.2 peratus untuk berada pada RM766 bilion.

Selain itu, lebihan dagangan bernilai RM89.98 bilion direkodkan berbanding tempoh sama tahun sebelum.

Mustapa berkata, kebanyakan pencapaian ini dipacu oleh pelbagai usaha kerajaan dan sektor swasta.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US hari ini berikutan peningkatan mendadak hasil bon Amerika Syarikat, kata peniaga.

Semalam, ringgit ditutup pada 3.8975/8995 berbanding dolar AS berikutan peningkatan mendadak hasil bon Amerika Syarikat.