Selain Pristine 2, orang ramai juga berpeluang melihat projek kediaman lain TH Properties di Bandar Enstek iaitu banglo dua tingkat, The Villas dan rumah berangkai dua tingkat, Hundred East.

Menurut Pengurus Besar Enstek Development TH Properties, Emran Ismail, Pristine 2 direka sebagai pembangunan berkawal dan berpagar yang sememangnya sesuai untuk keluarga mengidamkan kediaman di kawasan aman damai serta jauh daripada hiruk-pikuk kehidupan kota.

“Pristine 2 terletak di atas tanah hak milik kekal meliputi 48 unit kediaman dengan empat bilik tidur dalam tiga bentuk binaan dan saiz berharga sekitar RM483,100 hingga RM667,800 seunit.

“Pembangunan Pristine 2 itu menepati cogan kata Kumpulan yang bukan sahaja berusaha menyediakan penyelesaian inovatif untuk memenuhi keperluan kumpulan pembeli rumah yang pelbagai tetapi juga menambah baik pengalaman pelanggan untuk membina hubungan jangka panjang yang berkekal­an.

“TH Properties bertekad membina hartanah yang cemerlang dan sempurna di samping mengutamakan keperluan dan permintaan pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Projek pembangunan Pristine 2 telah dilancarkan pada Julai tahun lalu dengan nilai jualan kese­luruhan RM22.67 juta dan dijangka siap menjelang Julai 2020.