Pengarah Urusan Perbadanan Nasional Bhd. (PNS), Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zai­nol Khodki Shahabudin berkata, mekanisme itu bakal menentukan impak cukai tersebut kepada pelanggan industri francais yang merangkumi sektor makanan dan minuman (F&B) serta per­khidmatan.

“Masih terlalu awal untuk melihat impak berkenaan (SST) memandangkan kaedah cukai itu masih dirangka dan kita belum mengetahui pelaksa­naannya secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program Give Back 2018 PNS dan Marrybrown di sini baru-baru ini.

Selain itu, Syed Kamarulzaman menjelaskan, PNS telah memperuntukkan sebanyak RM25 juta untuk tujuan pembangunan industri francais pada tahun ini.

“Daripada jumlah tersebut, separuh telah diagihkan dan kami menggalakkan pihak francais meluaskan pasaran perniagaan dan memper­kenalkan jenama mereka di luar negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Marrybrown, Datuk Joshua Liew berkata, terdapat sebanyak 350 cawangan Marrybrown di seluruh negara dengan 150 outlet dalam negara.

“Pelan terbaharu Marrybrown ialah melebarkan rangkaiannya di Amsterdam dan Belanda menjelang hujung tahun ini.

“Setiap tahun Marrybrown menyasarkan untuk membuka 20 outlet baharu dan setakat suku ketiga tahun ini sebanyak 15 outlet telah dibuka,” katanya.