Ketua Pegawai Eksekutif Air­Asia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, buat masa sekarang, sumbangan anak syarikat kumpulan tersebut adalah sebanyak empat pe­ratus.

Menurut beliau, melalui penjenamaan tersebut syarikat berkeyakinan bahawa ia bakal mengukuhkan imej dan kedudukan syarikat di pe­ringkat domestik dan antarabangsa.

“Kami yakin dengan kerja­sama serta penumpuan terhadap perniagaan baharu dalam digital, sasaran itu mampu dicapai.

“Ketika ini, dari segi kapasiti penggunaan ruangan kargo pesawat AirAsia, Teleport hanya menggunakan sekitar 15 peratus manakala kapasiti kargo untuk penumpang pula sekitar 40 hingga 60 peratus.

“Masih ada banyak lagi ruang kapasiti untuk kargo dan kami yakin cabang perniagaan kargo ini mampu berkembang serta menyasarkan pertambahan lima peratus kepada 20 peratus kapasiti penggunaan kargo dalam waktu terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pengumuman pelaburan Teleport dan Gobi Partner dalam perkhidmatan penghantaran EasyParcel di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Urusan Malaysia (Pelaburan) Gobi Partner, Jamaludin Bujang; Ketua Pegawai Eksekutif Te­leport, Pete Chareonwongsak dan Ketua Pegawai Eksekutif EasyParcel, Clarence Leong.

Dalam pada itu, Tony menjelaskan, AirAsia membina Teleport untuk membolehkannya mengukuhkan cabang perniagaan tersebut dan dalam masa sama, membuka infrastruktur logistik­nya kepada peniaga sosial.