Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Datin Paduka Dr. Noraida Mohd. Yusof (gambar) berkata, sebanyak 50 projek hartanah di pelbagai kawasan strategik seperti di Shah Alam, Antara Gapi, Bernam Jaya, Kota Puteri, Alam Nusantara dan Se­langor Cyber Valley ditawarkan kepada pelabur.

“Syarikat turut melanjutkan Skim Smart Ownership PKNS sehingga akhir tahun berikutan sambutan menggalakkan yang diterima pada siri koleksi sebelum ini.

“Diskaun sebanyak 15 peratus akan diberi kepada projek Citrina 2 di Bernam Jaya dan diskaun 20 peratus pula diberi kepada projek Puteri Elaisha dan Puteri Dafina,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Koleksi Hartanah PKNS siri kedua baru-baru ini.

Noraida menerangkan, pembeli juga berpeluang menikmati diskaun seba­nyak 20 peratus bagi Projek Azhara di Antara Gapi yang dijual pada harga RM668,000 dan Hijauan Enklaf pada harga RM3.08 juta.

Tambah beliau, PKNS juga akan me­lancarkan program pendaftaran rumah mampu milik bagi projek di Selangor Cyber Valley dan Kota Puteri yang me­nyasarkan 1,680 unit dibina pada harga bermula RM220,000.

Bersempena ulang tahun ke-54, PKNS juga memberikan tambahan diskaun sebanyak RM5,400 kepada 54 pembeli terawal yang membeli produk hartanah miliknya sehingga akhir bulan ini.