Majlis menandatangani perjanjian MoU itu diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ratna Sdn. Bhd, Datuk Julian Lau dan Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan Maybank, Jason Wong.

Julian berkata, Maybank bersetuju untuk menjadi institusi pembiayaan selepas melihat prestasi syarikat berkenaan dan  sasaran pembeli iaitu bagi pemilikan keluarga.

"Maybank menawarkan pelaburan lebih RM100 juta bagi projek Admiral Residences dan tawaran itu diberikan berdasarkan permintaan tinggi daripada pembeli, selain perumahan ini diberi keutamaan bagi pemilikan keluarga.

"Selain Maybank, sembilan bank lain yang turut terlibat termasuklah CIMB Investment Bank, AmBank Berhad, Affin Bank Berhad, OBCB Bank dan RHB Investment Bank," katanya pada sidang akhbar di Kota Laksamana hari ini.

Katanya, Admiral Residences yang terletak di tengah bandar Kota Laksamana itu menawarkan 1,440 unit rumah pada harga bermula RM328, 500 bagi (RM307 setiap kaki persegi) dengan keluasan 1,069 kaki persegi (tiga bilik dua bilik air) hingga 1,159 kaki persegi (empat bilik dua bilik air). - K! ONLINE