Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Bhd., Zakri Khir berkata, bersandarkan perkara itu, agak sukar untuk mereali­sasikan hasrat Bank Negara Malaysia (BNM) dalam meningkatkan kadar penembusan insurans dan takaful kepada 75 peratus menjelang 2020.

“Pada ketika ini, Malaysia ha­nya merekodkan kadar penembusan insurans nyawa sebanyak 56 peratus.

“Meskipun ia menunjukkan peningkatan setiap tahun, namun kadarnya agak perlahan iaitu sekitar dua hingga tiga pe­ratus sahaja.

“Menerusi keseluruhan jumlah penembusan tersebut hanya sebanyak 32 peratus rakyat Malaysia mempunyai lebih daripada satu polisi insurans. Jus­teru, pelindungan yang dilanggan adalah tidak bersifat menyeluruh,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.