Ketua Pegawai Eksekutif program tersebut, Ifa Raziah berkata, program yang akan berlangsung selama dua hari bermula 24 Mei ini bakal menggabungkan lebih daripada 400 usahawan termasuk selebriti terkenal di bawah satu bumbung de­ngan menawarkan pelbagai jenis barangan.

Menurutnya, ia bakal menggabungkan jenama terkenal dalam online melibatkan fesyen, produk kecantikan dan kosmetik, kuih-muih dan keperluan menyambut hari raya.

“Festival ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan keperluan hari raya pada harga berpatutan, manakala usahawan pula dapat menjual produk mereka secara terus dan eksklusif kepada orang ramai.

“Kami menjangkakan kehadiran dua juta pengunjung ke festival ini yang akan berlangsung selama 72 jam tanpa henti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berhubung Star Vendor Fest 2019 di PWTC di sini baru-baru ini.

Festival ini turut ditaja oleh Nuc Car dan Neffos

Selain itu, Ifa menjelaskan, selain aktiviti jualan, program berkenaan akan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung, antaranya cabutan bertuah dengan menawarkan hadiah bernilai RM10,000,” katanya.