Ia dilaksanakan melalui satu pemeteraian memorandum persefahaman antara SME Bank dengan Prowheels Distributor (M) Sdn. Bhd. (Prowheels Distributor).

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, inisiatif berkenaan adalah sebahagian daripada usaha pihaknya untuk meningkatkan kapasiti dan usahawan per­usahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya di Kedah.

“Melalui kolaborasi dengan Kedah Holdings, kami menyediakan kemudahan pembia­yaan untuk membantu pelaksanaan projek perumahan mampu milik Kedah Holdings di Pokok Sena, Kedah.

“Kerjasama ini juga akan menyaksikan SME Bank meletakkan logonya di atas papan iklan projek perumahan tersebut.

“Untuk Prowheels Distributor pula, SME Bank menawarkan kemudahan pembiayaan kepada vendor-vendor terpilih dan mendapat kontrak.

“Pembiayaan minimum yang ditawarkan adalah sebanyak RM100,000 bagi pembelian aset serta modal kerja.

“Kami turut menyediakan latihan keusahawanan percuma kepada usahawan di bawah program ini menerusi anak syarikat SME Bank, Centre for Entrepreneur Development Sdn. Bhd.,” katanya.

Beliau berkata demikian pada siaran akhbar yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.