Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Azuddin Abdul Rahman ber­kata, syarikat itu bakal mencapai jualan hampir RM60 juta tahun depan.

“Kami terbuka kepada pilihan itu (penyenaraian). Ia sasaran kami dan kami berusaha untuk merealisasikannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pengumuman kerjasama antara Shopee, SimplySiti dan CIMB Islamic Bank Bhd. di sini semalam.
Turut hadir pengasas syarikat, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Azuddin menjelaskan, syarikat tersebut akan memasuki pasaran Indonesia bulan depan dan me­nyasarkan untuk menjadi pemain global melangkaui tahun 2020.

Selain itu, Siti Nurhaliza menjelaskan, syarikat tersebut merancang memperkenalkan 70 produknya dalam pasaran kukuh yang mempunyai 271 juta penduduk.

“Sejak saya melancarkan SimplySiti saya telah menetapkan sasar­an untuk memasuki pasaran Indonesia.

“Dengan populasinya, terdapat potensi besar bagi saya untuk memanfaatkan pasaran dalam kala­ngan peminat,” katanya.

Selain platform secara online, SimplySiti juga akan dijual di Watsons dan Transmart.

Sejak tahun 2017, ia telah menjana 42 peratus daripada jualannya menerusi platform e-dagang seperti Shopee.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, 70% daripada pengguna Shopee terdiri daripada kaum wanita dan kami mendapati produk yang paling banyak dobeli oleh pengguna wanita kami adalah daripada kategori Kesihatan & Kecantikan.

“Hal ini menjadikan kategori Kesihatan & Kecantikan salah satu kategori yang paling popular di platform kami.i,” jelas beliau. – Bernama