Ketua Pegawai Eksekutif Simply Umrah, Mohammad Afiq Mohammad Yusoff berkata, sehingga kini hanya terdapat dua pengendali umrah menawarkan kad perubatan sepanjang berada di Tanah Suci termasuk Simply Umrah.

“Simply Umrah mula menawarkan kad perubatan Medic Pilgrim sejak 2017 de­ngan perlindungan maksimum SR15,000 (RM15,957) untuk perkhidmatan klinik pesakit luar dan penghospitalan.

“Jemaah tidak dikenakan caj tambahan kerana ia sebahagian daripada nilai tambah pakej, malah jemaah dengan penyakit sedia ada turut dapat menikmati perlindungan ini,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Jelas Mohammad Afiq, klinik pesakit luar di Mekah terletak di Menara Jam Abraj Al-Bait dan Masjid Quba di Madinah.

“Matlamat kami adalah untuk memberikan kemudahan kepada jemaah.

“Mereka hanya perlu menunjukkan kad perubatan Medic Pilgrim untuk te­rus berjumpa doktor di sana apabila tidak sihat.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan jemaah beribadah dengan suasana paling selesa,” katanya.

Menyentuh pakej Simply Umrah, Mohammad Afiq memberi komitmen untuk menawarkan pakej paling kompetitif kepada pelanggan.

Ia termasuk penginapan paling hampir dengan dua kota suci Mekah dan Madinah, masing-masing di Millenium Tower dan Elaf Taiba Hotel.

Jelas beliau, pihaknya menyasarkan sebanyak 5,000 pakej umrah terjual pada musim ini.

Ujarnya, Simply Umrah menyediakan pakej umrah daripada harga RM6,590 pada bukan musim puncak.

Maklumat lanjut mengenai tawaran umrah semasa, orang ramai boleh meng­hubungi talian 019 228 0220 atau layari simplyumrah.my.