Fonkepala dengan harga runcit RM399 itu ditawarkan pada harga RM199 dalam tempoh terhad itu buat semua pelanggan Shopee.

Shopee dalam satu kenyataan akhbar berkata, terdapat empat warna yang boleh dipilih pengguna iaitu biru, merah, putih dan emas.

“Tawaran tersebut sah selagi stok masih ada,” kata kenyataan tersebut.

Fonkepala Edifier model W820BT dilengkapi Bluetooth v4.1 terbina dengan tambahan teknologi CSR serta sokongan aptX codec untuk meningkatkan lagi pengalaman mendengar muzik.

Ia juga dibekalkan dengan kesan bunyi terbaik dalam kelasnya termasuk ketahanan bateri selama 80 jam untuk sekali cas.

Model tersebut juga masih membolehkan pengguna menukar pilihan menggunakan wayar jika ingin berbuat demikian. - K! ONLINE