Pengarah Urusan Se­rantau Shopee, Ian Ho berkata, pengenalan tawaran menerusi kempen Cahaya Raya Bersama Shopee itu adalah susulan permintaan tinggi pasaran terhadap produk ke­luaran selebriti kegemaran mereka.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan enam selebriti terkemuka negara yang sememangnya mempunyai ramai peminat yang sentiasa menantikan produk mereka.

“Sebagai sebuah platform e-Dagang tanpa ko­misen, kami juga menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negara.

“Usaha ini dilihat membolehkan selebriti terbabit mengembangkan perniagaan dalam talian,” kata­nya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Skuad Selebriti Shopee di sini baru-baru ini.

Antara selebriti yang menjadi pelopor Skuad Selebriti Shopee ialah pe­nyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang menawarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik, SimplySiti; pelakon popular, Nora Danish dengan fesyen Muslimah moden berjenama Owl serta Emma Maembong yang menghasilkan tudung bermotifkan lukisan beliau dan produk penjagaan kulit di bawah jenama EMBS.

Turut memeriahkan kempen ialah pelakon, Izara Aishah yang memperkenalkan produk kos­metik Madame Izara serta Elfira Loy dan finalis Akademi Fantasia musim kelima, Heliza Helmi yang masing-masing menyedia­kan pakaian tradisional dan moden serta tudung berjenama EL dan Guzelhive.

Ho berkata, selain tawaran menarik, kempen Cahaya Raya Shopee yang berlangsung dari 3 Mei lalu hingga 17 Jun depan turut memberi peluang kepada pelanggan untuk meraih hadiah bernilai lebih RM1.5 juta menerusi peraduan dalam aplikasi Shopee, Ketupat Raya Shopee dan Duit Goncang.

Antara hadiah menarik yang ditawarkan adalah sebuah rumah impian, sebuah kereta Honda HRV, Volkswagen Polo dan syi­ling Shopee.