Berdasarkan data empirikal, separuh pertama tahun (H1) biasanya lengang dalam dunia e-dagang dengan aktiviti beli-belah meningkat ke arah penghujung tahun, katanya dalam kenyataan hari ini.

"Bagaimanapun, Shopee mencatatkan prestasi kukuh dalam semua barisan hadapan perniagaan kami pada H1 2019, yang disokong oleh peningkatan aktiviti belian terutamanya pada Tahun Baharu Cina dan Hari Raya.

Kami mencatatkan peningkatan lebih tiga kali ganda daripada tempoh perayaan yang sama pada 2018," katanya.

Shopee berkata, selain kempen jualan yang disusun bagi baki tahun ini, ia juga akan meneruskan usaha yang selaras dengan inisistiaf kerajaan untuk memacu pertumbuhan e-dagang sebagai sebahagian Pelan Induk Strategik E-Dagang Kebangsaan.

"Satu daripada misi kami adalah untuk menambah baik kehidupan pengguna dan perniagaan kecil dengan teknologi.

"Kami percaya dengan kuasa teknologi transformatif  dan mahu menyelesaikan masalah sosial dan gaya hidup bagi peruncit, usahawan dan pengguna dengan merapatkan jurang antara semua pihak berkepentingan dan mewujudkan lebih keselesaan yang akan mengubah cara peruncit berniaga dan cara hidup orang ramai," katanya. - Bernama