Pengarahnya, Lua Cheong Hong berkata. ini bertujuan memperluas dan memperkukuh operasi­nya di negara ini dan juga rantau Asia Tenggara.

Menurut beliau, bagi menyokong usaha tersebut, syarikat telah membuka pejabat pertamanya di Iskandar Malaysia di Bandar Medini sebagai pusat perniagaan utamanya di sini.

SGshop Malaysia yang memulakan perniagaannya pada bulan Di­sember 2014 kini mempunyai lebih 53,000 pengguna berdaftar.

“Kami menyasarkan untuk menarik 30,000 pengguna lagi tahun depan dan optimis untuk mencatat sehingga 500,000 pengguna menje­lang 2020.

“Dengan menawarkan pelbagai produk yang terbaik dari China de­ngan jaminan kualiti, kami berharap dapat menarik pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan kami sekali gus menjadi pilihan mereka untuk membeli-belah secara online.

“Keterujaan rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan membeli-belah secara online akan terus menunjukkan peningkatan dan kami menyasarkan nilai transaksi pada tahun 2018 mampu mencecah RM10 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran pejabat SGshop Malaysia di sini semalam.

Turut hadir Penasihat Sekreta­riat Advancement of Malaysian Entrepreneurs Pejabat Perdana Menteri, Teh Kee Sin dan Naib Presiden Eksekutif Pembangunan Bandar Pintar Medini Iskandar Malaysia Sdn. Bhd. (MIM), Yasuhiro Nakano serta Pengasas SGshop, Lai Xin dan Zang Hao.

Cheong Hong berkata, nilai transaksi beli-belah online dalam SGshop telah meningkat kepada RM5 juta pada tahun ini berbanding RM1 juta pada tahun 2015.

Antara barangan yang ditawarkan syarikat ialah peralatan sukan, aksesori dan pakaian, gajet elektronik, pakaian pengantin, bara­ngan automotif serta perabot yang berkualiti dan murah.