Projek bertemakan resort yang terletak berhampiran Bandar Baru Semariang itu me­rupakan sebuah bandar satelit yang sedang pesat diba­ngunkan di bandar raya Kuching.

Ketua Perhubungan Pelabur dan Awam Sentoria, Nasiruddin Nasrun (gambar kecil) berkata, salah satu tarikan utama di bandar tersebut ialah taman air yang dikenali sebagai Borneo Samariang Water Park yang dijangka beroperasi pada bulan Mac tahun ini.

“Ia merupakan taman air pertama dibina di Sarawak.

“Ia bakal menjadi tarikan utama masyarakat di negeri tersebut malah bakal menarik minat pelancong asing untuk berkunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena lawatan media ke BGRC di Gambang, Pahang baru-baru ini.

Nasiruddin menjelaskan, projek ini melibatkan kawasan seluas 10 hektar dan ia menelan belanja kira-kira RM40 juta

Tambah beliau, antara tarikan istimewa yang terdapat di taman air itu ialah tujuh jenis gelongsor air dan kolam berombak yang luas dengan memiliki ukuran lebar sepanjang 36 meter.

“Taman air ini bersesuaian untuk pelbagai peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa dan yuran kemasukan juga akan ditawarkan pada harga berpatutan,” ujarnya.

Tambah beliau, selain taman air, Borneo Samariang Resort City turut melibatkan pembangunan projek perumahan, kediaman resort dan komersial bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan sekitarnya.

“Dijangkakan apabila siap terbinanya bandar baharu ini, ia akan memiliki 40,000 rumah kediaman untuk 200,000 penduduk.

Keseluruhan projek tersebut melibatkan kawasan pembangunan seluas 200 hektar yang akan dibangunkam dalam tempoh 10 tahun.