Menteri Perdagangan Dalam Ne­geri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada tahun lepas sektor tersebut te­lah menyumbang sebanyak RM27.7 bilion kepada KDNK negara iaitu kira-kira 3.4 peratus.

“Dengan kelebihan sistem perniagaan berkonsepkan francais, ia mendorong kerajaan untuk meningkatkan usaha dan inisiatif bagi membangunkan industri tersebut.

“Antara usahanya ialah dengan menggalakkan serta memudah cara lebih banyak usahawan dalam mengembangkan perniagaan me­reka melalui sistem francais,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis perasmian pameran Rantaian Peruncit Malaysia 2018 (MIRF 2018) di sini semalam.

Setakat 30 Mei 2018, sebanyak 863 syarikat francais telah berdaftar dengan pihak kementerian sejak 2006, yang mana 40 peratus daripadanya terdiri daripada sektor makanan dan minuman.

Berlangsung bermula semalam hingga 28 Julai 2018 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, MIRF 2018 dijangka menarik sejumlah 25,000 pelawat dari 11 negara dengan sasaran perolehan bernilai RM70 juta.