Usaha sama strategik tersebut dijangka bermula menjelang suku kedua 2020.

Sanichi Technology dan MNC dalam satu kenyata­an bersama berkata, di bawah MoU ber­kenaan, MNC akan memajak, menaik taraf, memasarkan dan mengendalikan 120 unit Marina Point yang dijadikan rumah inap daripada Sanichi Pro­perty yang mempunyai perjanjian pajakan semula bersama pemilik unit bagi tempoh 10 tahun selepas projek berkenaan siap.

“MNC akan memba­ngunkan dan melaksanakan operasi pemasaran kepada komuniti dalam talian bagi membolehkan pengembara membuat tempahan terhadap unit-unit terlibat.

“Ia dilaksanakan menerusi aplikasi mudah alih dan berasaskan web yang mesra pengguna, sekali gus memberikan pendapatan lumayan kepada setiap pihak ber­kepentingan termasuk pemilik Marina Point,” katanya di sini semalam.

Marina Point merupakan sebuah pembangunan bercampur pegangan bebas yang merangkumi kediaman dan gedung beli-belah dengan nilai pemba­ngunan kasar RM230 juta.

Ia terletak hanya lima minit pemanduan dari Bandar Hilir dan berhadapan Selat Melaka.

Pembangunan tersebut turut menyediakan ruang istirahat, taman tema air mini, kolam renang sepanjang 52 meter, gimnasium dan teater mini.

Kenyataan itu menambah, terdapat potensi besar dalam perkhidmatan sewaan unit itu ekoran permintaan tinggi terhadap penginapan di Melaka.

Ujarnya, Melaka mencatatkan peningkatan bilangan pelancong daripada 8.91 juta pada tahun 2009 kepada 16.28 juta tahun lalu.

“Statistik pada 2016 membukti­kan bilangan pelancong harian boleh mencecah sehingga 44,500 orang tetapi bilangan bilik yang ada hanya 19,000 sehari.

“Ini menyediakan pe­luang memandangkan tidak banyak unit kediaman yang ditawarkan sebagai penginapan inap,” jelasnya.

Pada masa ini, seba­nyak 55 peratus bahagian peruncitan dan 25 peratus unit kediaman Marina Point telah siap dibina.

Penyerahan kunci kepada pemilik unit dijangka menjelang suku pertama 2020.