Pengurus Besarnya, Dr. Hamid Sulaiman berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan kapasiti keupayaan pengeluaran hasil ayam bernilai RM50 juta pada tahun lalu.

“Menerusi kapasiti pengeluaran pusat Nafas Food Processing Marketing Sdn. Bhd. sedia ada, ia akan menyum­bang kepada usaha untuk mencapai misi berkenaan.

“Nafas mempunyai lebih 200 pusat pengumpulan hasil di seluruh negara yang mana ia membuka peluang kepada ahli-ahlinya untuk memasarkan hasil pengelua­ran masing-masing terma­suk ayam segar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran pembukaan Kedai Jualan Produk Segar Persatuan Peladang Negeri Pulau Pinang (PPNPP) di Pokok Sena, Tasek Gelugor di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang negeri, Datuk Ismail Umar.

Sempena pembukaan pusat berkenaan itu, Nafas menawarkan harga istimewa serendah RM7.50 sekilogram bagi ayam super dan RM20 bagi sekilogram da­ging lembu segar untuk tempoh terhad.

Sementara itu, Hamid berkata, pada ketika ini pihaknya hanya mampu mengeluarkan sebanyak dua peratus daripada keperluan ayam negara setahun yang mencecah dua juta ekor.