Pengasas Bersama syarikat, Norafifah Lehat berkata, prestasi itu bakal disumbangkan faktor-faktor seperti penawaran produk berkualiti tinggi dan sambutan menggalakkan daripada pelanggan, khasnya dalam kalangan penggemar minuman kopi.

Menurutnya, Kopi Ronggeng dihasilkan daripada gabungan lima bahan mentah seperti kopi hijau, teh hijau, habatus sauda, halia dan daun pegaga.

“Produk ini dapat membantu mengawal selera makan khusus untuk individu yang ingin menjaga pemakanan mereka serta mendapatkan bentuk badan ideal, selain bertindak sebagai ejen antipenuaan.

“Minuman ini juga sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 12 tahun ke atas,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di pejabatnya dekat sini baru-baru ini.

Menurut Norafifah, penggunaan bahan-bahan bermutu dalam rumusan Kopi Ronggeng turut membantu memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus.

Tambahnya, pertambahan unjuran jualan tersebut turut disokong daripada pelbagai testimoni positif pengguna.

“Jualan juga bakal dipacu daripada kekuatan rangkaian pengedaran syarikat yang semakin meluas di seluruh negara.

“Tahun ini kami menyasarkan untuk menambah lebih ramai ejen dan stokis kepada 1,000 orang.

“Sehubungan itu, kami membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat bagi menambah pendapatan mereka,” ujarnya.

Kopi Ronggeng ditawarkan pada harga RM55 sekotak.

Individu yang berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi ejen atau stokis Kopi Ronggeng, boleh menghubungi talian 019-699 5745 atau menerusi laman Facebook Norafifah Ifais.