Dalam pekeliling kepada pemegang saham, syarikat ber­kenaan bercadang menerbitkan 9.9 bilion saham biasa baharu pada harga terbitan 30 sen bersama 998 juta waran pisah percuma pada asas lima saham hak bagi setiap tiga saham Sapura Energy yang dipegang.

Satu lagi cadangan, membabitkan terbitan hak yang boleh ditolak sehingga 2.396 bilion saham keutamaan boleh tebus Islam baharu (RCPS-i) d Sapura Energy pada harga terbitan 41 sen pada asas dua RCPS-1 bagi setiap lima saham Sapura Energy yang dipegang.

Usaha ini akan menyaksikan RM3 bilion dikumpul melalui terbitan hak saham biasa de­ngan waran percuma RM1 bilion melalui terbitan hak (RCPS-i).

Sapura Energy dalam satu kenyataan berkata, cadangan terbitan hak itu disasarkan untuk mengukuhkan penyata imbangannya bagi membolehkan kumpulan itu meneruskan peluang pertumbuhan selanjutnya di pasaran utama, termasuk membida dan menjalankan projek bernilai tinggi di peringkat global dan menyokong operasi yang sedang berjalan.

“Hasil yang diperoleh akan digunakan untuk membayar balik pinjaman sedia ada bagi mengurangkannya kira-kira 24 peratus dan menurunkan tahap kadar hutang bersih kepada 0.94 kali.

“Sebagai tambahan, ia akan mendapat faedah daripada simpanan dalam kos kewangan sebanyak RM174 juta setahunmanakala kunci kira-kira yang lebih kukuh akan memberikan kelonggaran kewangan yang lebih besar,” katanya di sini semalam. – Bernama