Pameran tersebut sedang berlangsung di Las Vegas Nevada, Amerika Syarikat (AS).

Ia telah mendapat sam­butan me­ngalakkan­ dengan penyertaan dari­pada 4.500 peserta yang bakal melancarkan teknologi transformatif kepada lebih 180,000 peserta yang hadir.

Menurut kenyataan ter­sebut, inovasi terbaha­runya meliputi aspek teknologi berkaitan penyambu­ngan 5G (5G connectivity), kecerdasan buatan (Artificial Intelligence), realiti maya (Artificial/Virtual Reality), bandar pintar dan daya tahan, sukan serta robotik.

“Turut dipamerkan ia­lah barangan terbaharu seperti televisyen, peralatan rumah, telefon pintar,” jelasnya.

Lebih menarik, pameran edisi 2019 kali ini juga bakal menyaksikan lebih banyak robot penghantaran, dron dan skateboard elektrik.