Pegawai Komunikasi Pemasaran hotel tersebut, Srimathi Jayaganesan berkata, menu seperti Ayam Belanda Pangang Tradisional, Daging Wagyu Australia Bakar serta pelbagai makanan laut seperti tiram segar, udang harimau kukus dan sashimi pastinya akan membangkitkan selera dan memberi pengalaman terindah buat pelanggan ketika menyambut perayaan tersebut.

Menurut beliau, hidangan tersebut ditawarkan di restoran Tonka Bean Cafe & Deli dan Cedar on 15 pada harga bermula RM148 seorang.

“Pelangan juga boleh menikmati 12 perisa ais krim Baskin Robbins tanpa had di samping menikmati pencuci mulut eksklusif seperti Yule Log Cake dan Morello Cherry Tart,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Eksekutif Komunikasi Visual Hotel Impaiana KLCC, Adi Fuzilah Adlan berkata, pihak hotel telah membelanjakan RM27,000 untuk menghiasi seluruh kawasan hotel dengan bunga Poinsettia sempena Hari Natal. - K! ONLINE