Pembantu Pengurus Pemasarannya, Nyra Nordin berkata, syarikat berkeyakinan untuk mencapai nilai unjuran itu ekoran disumbangkan daripada beberapa faktor seperti keunikan produknya yang berkualiti tinggi serta sambutan menggalakkan diterima daripada peminat hidangan sambal.

Menurutnya, Sambalviral yang telah diperkenalkan sejak tahun 2015 itu dihasilkan daripada hasil tani yang segar seperti cili termasuk petai dan jering  serta isi ikan masin kurau. 

Menurutnya, sehingga kini, jualan syarikat telah mencatat lebih daripada 3,000 botol sebulan.

“Kami mempunyai empat jenis sambal yang untuk memberi lebih pilihan kepada pelanggan iaitu sambal Merecik yang mana sambal tersebut mengandungi petai, jering dan ikan bilis, Meleleh (petai dan ikan bilis) Biyol (ikan masin kurau) serta Senget (ikan bilis garing gred AA).

“Semua sambal ini dimasak sendiri dan dihasilkan dari rumah tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet, pewarna mahupun kandungan terlarang bagi memastikan kesegarannya selain mementingkan kualiti rasa sebenar sambal,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di premis syarikat di Wangsa Maju, di sini baru-baru ini.

Jelas Nyra, unjuran nilai pertambahan jualan syarikat pada tahun hadapan juga bakal dipacu daripada kekuatan rangkaian pengedaran syarikat yang semakin meluas menerusi pertambahan ejen di seluruh negara.

“Bagi tahun depan, kami menyasarkan untuk menambah lebih ramai ejen sedia ada kepada 300 orang dan peluang terbuka luas kepada mereka yang berminat untuk menambah pendapatan sampingan terutama dalam kalangan suri rumah dan pelajar” ujarnya.

Tambah beliau, produk makanan itu ditawarkan pada harga RM16 (Merecik dan Meleleh) serta RM15 (Biyol dan Senget) setiap satu.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi ejen serta stokis, boleh menghubungi di talian 017-2011 628 dan 017-622 7421 atau menerusi Instagram @sambal_viral. - K! ONLINE