A’Famosa Resort Hotel Sdn. Bhd. (A’Famosa) berkata, projek kediaman mampu milik tersebut terdiri daripada 475 unit pangsapuri dan 280 unit rumah teres dua tingkat dengan tawaran harga masing-masing bermula dari RM147,000 dan RM252,000 seunit.

“Fasa 1 yang menawarkan 80 unit rumah teres jenis B telah terjual sepenuhnya, manakala Fasa 2 yang terdiri daripada 200 unit pangsapuri mendapat permintaan tinggi pembeli berpotensi,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan sempena sambutan Hari Terbuka PR1MA di Freeport A’Famosa Outlet dekat sini baru-baru ini.

A’Famosa memaklumkan, rumah teres dua tingkat itu terdiri daripada empat bilik serta tiga bilik air dengan keluasan binaan 160 sehingga 163 meter persegi.

“Sementara blok pangsapuri mempunyai tiga bilik dan dua bilik air dengan keluasan 98 meter persegi bagi setiap unit.

“Kediaman tersebut direka oleh firma arkitek dari Austra­lia, Layton Group yang terke­nal dengan susun atur rua­ngan yang luas dan praktikal, kemasan berkualiti serta harga yang kompetitif dan berpatutan,” maklumnya.

Terletak berhampiran pusat peranginan A’Famosa Resort dan jarak pemanduan hanya lima minit melalui jalan utama Tampin-Pulau Sebang, pembinaan [email protected]’Famosa me­rupakan sebuah pembangunan yang selamat.

Ia dilengkapi dengan kemudahan seperti sistem keselamatan 24 jam, pusat pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak, dewan serba guna, ge­langgang badminton, taman permainan kanak-kanak, kedai serbaneka dan unit peruncitan lain.

Orang ramai yang berminat untuk memiliki unit atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai [email protected]'Famosa boleh menghubungi talian 019-339 9531 dan 014-668 9131.