Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, bank pusat itu berkata, kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 7.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek

Menurut BNM, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$97.1 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$0.8 bilion), Hak-hak Pengeluaran Khas (SDRs) (AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).

Aset berkenaan termasuk emas dan tukaran asing serta rizab lain, termasuk SDRs ((RM419.68 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM4.45 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM10.37 bilion), pinjaman dan pendahuluan ((RM7.56 bilion), tanah dan bangunan ((RM4.18 bilion) dan aset lain (RM10.73 bilion), kata BNM. - Bernama