Pada 9 pagi, unit tempatan mencatatkan paras 4.0800/0850/0830 pada penutupan semalam.

Pada 9.09 pagi, ringgit kembali mengukuh kepada 4.0770/0800 berbanding dolar.

Ketua Pedagang OANDA Asia-Pasifik, Stephen Innes berkata, ringgit dipacu semalaman oleh momentumm dolar yang lebih luas susulan wang jangka pendek segera.

"Berdasarkan dolar didagangkan dengan faktor positif hasil daripada pembaharuan cukai dan pulangan US yang lebih tinggi, pedagang enggan membeli ringgit sehingga momentum itu kembali reda.

"Namun ringgit terus berada dalam kedudukan yang sangat selesa pada julat semasa, dengan kestabilannya sahaja sudah menunjukkan kedudukannya yang positif," katanya dalam satu kenyataan.

Berbanding mata wang lain, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0290/0331 daripada 3.0282/0323 pada Selasa, namun melantun berbanding yen kepada 3.6122/6176 daripada 3.6219/6258 semalam.

Ringgit rendah berbanding euro kepada 4.8315/8391 daripada 4.8149/8212 dan rendah berbanding pound British pada 5.4648/4719 daripada 5.4532/4602 pada Selasa. - Bernama