Pada pukul 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.0930/0970 berbanding dolar AS daripada 4.0900/0950 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata, situasi kebimbangan tersebut menjejaskan bukan hanya ringgit malah seluruh dunia terutama pasaran pesat membangun.

“Keadaan itu dijangkakan berlarutan bagi beberapa tempoh bagaimanapun ringgit tidak akan terjejas teruk memandangkan hutang negara adalah dalam mata wang tempatan,” katanya.

Lira susut lebih 40 peratus daripada nilainya berbanding dolar AS sejak awal tahun ini susulan kemelut antara Ankara dan Washington.

Beliau berkata, peningkatan harga minyak mentah bagaimanapun akan mengurangkan kesan ke atas ringgit.

Penanda aras, minyak mentah Brent meningkat kepada AS$72.80 setong pada pukul 9 pagi hari ini. 

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Nota tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9743/9777 daripada 2.9696/9743 semalam namun meningkat berbanding yen kepada 3.6940/6983 daripada 3.7054/7109.

Ringgit rendah berbanding pound Britain kepada 5.2227/2286 daripada 5.2139/2219 selain turun berbanding euro kepada 4.6668/6718 daripada 4.6544/6617. - Bernama