Pada 9.02 pagi, unit tempatan berada pada 3.8970/9000 berbanding dolar AS daripada 3.9010/9050 pada Isnin.

Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.  

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9639/9665 daripada 2.9654/9694 pada Isnin dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.4445/4491 daripada 5.4848/4912.

Ringgit menokok berbanding yen kepada 3.6475/6513 daripada 3.6591/6632 dan meningkat berbanding euro kepada 4.8062/8114 daripada 4.8142/8207. - Bernama