Pada pukul 6 petang, unit tempatan ditutup pada 3.9070/9100 berbanding dolar AS daripada 3.9135/9165 pada Selasa.

Peniaga berkata, pelabur berhati-hati terhadap penjualan besar-besaran dalam pasaran saham global yang menjejaskan dolar AS selepas mencatat  peningkatan sebelum ini memandangkan pelabur beralih kepada mata wang selamat seperti yen.

Beliau berkata, pelabur menumpukan kepada saham AS, yang dijangka meneruskan aliran menurun pada sesi pembukaan dagangan seterusnya.

"Aliran menurun menjadi faktor kepada ketidakstabilan terkini dalam pasaran dan mata wang dunia," katanya.

Ringgit ditutup tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Nota tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9614/9646 daripada 2.9632/9657 pada Selasa dan tinggi berbanding yen kepada 3.5811/5849  daripada 3.5897/5934.

Ringgit turut kukuh berbanding euro kepada 4.8248/8292 daripada 4.8535/8580 semalam dan meningkat berbanding pound kepada 5.4389/4447 daripada 5.4762/4808. - Bernama