Pada pukul 9 pagi ini, unit tempatan berada pada 4.1430/1480 berbanding paras penutup 4.1450/1490 semalam.

Seorang peniaga berkata, Bank Dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang pada 4.9 peratus berikutan pertumbuhan kukuh dalam penggunaan swasta yang menunjukkan asas ekonomi negara yang teguh.  

Bagaimanapun, sebagai sebuah pasaran sedang pesat membangun, prestasi ringgit dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. 

"Harga minyak, ketegangan perdagangan dan ekonomi AS adalah tiga pengaruh utama ke atas mata wang kita buat masa ini,” katanya kepada Bernama.

Penanda aras minyak mentah Brent turun daripada AS$86.13 setong pada penutup semalam kepada AS$84.94 setong pada pukul 9 pagi hari ini. 

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain. 

Unit tempatan itu meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9993/3.0036 daripada  3.0023/0059 semalam dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6326/6380 daripada  3.6252/6296. 

Ringgit menyusut berbanding euro kepada 4.7690/7764 daripada 4.7647/7705 semalam dan turun berbanding pound Britain kepada 5.3958/4040 daripada 5.3802/3871. - Bernama