Ketua Perdagangan di Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata, berdasarkan harga minyak mentah kembali meningkat, mata wang tempatan sewajarnya diniagakan pada kecenderungan positif hari ini.

Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan disebut pada 4.0480/0510 berbanding dolar AS daripada 4.0530/0580 ketika ditutup semalam.

“Bagaimanapun, keadaan positif itu mungkin dipengaruhi oleh perkara yang tidak diketuai dalam pertikaian perdagangan AS-China,” katanya.

Semalam, AS dan Kesatuan Eropah bersetuju terhadap “sifar tarif” selain akan menyelesaikan beberapa isu berkaitan sekatan perdagangan dan subsidi antara dua ekonomi terbesar itu.

Ringgit bagaimanapun diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan lemah berbanding yen kepada 3.6547/6578 daripada 3.6464/6513 semalam dan susut berbanding euro kepada 4.7499/7543 daripada 4.7428/7503.

Nota tempatan turut rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9798/9831 daripada 2.9766/9810 semalam dan susut berbanding pound kepada 5.3446/3502 daripada 5.3337/3407. - Bernama