Pada pukul 9 pagi, ringgit disebut harga kepada 4.0650/0700 berbanding dolar AS kepada 4.0610/0650 pada penutup Isnin.

Ketua Dagangan OANDA di Asia Pasifik, Stephen Innes juga berkata, keadaan juga sangat lengang untuk bon berasaskan ringgit dan pasaran mata wang.

“Sementara ringgit berbanding dolar bergerak lebih rendah berikutan campur tangan secara lisan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dolar secara amnya berada dalam momentum meningkat di ruang G-10 dan dengan dagangan komoditi rendah selepas bank People di China seolah mewujudkan sesuatu yang baik. 

“Mata wang pasaran yang baru muncul akan didagangkan agak lemah,” katanya.

Trump menuduh China, Kesatuan Eropah dan yang lain memanipulasi mata wang mereka dan kadar faedah, meletakkan dolar AS dalam keadaan tidak berapa baik.

Sementara itu, ringgit adalah bercampur-campur berbanding beberapa mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9743/9786 daripada 2.9757/9793 pada Isnin dan meningkat berbanding pound British kepada 5.3247/3329 daripada 5.3276/3341.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.7528/7595 daripada 4.7497/7548 dan susut berbanding Yen kepada 3.6552/6607 daripada 3.6536/6579. - Bernama