Pada pukul 9.00 pagi, ringgit disebut pada 4.0320/0350 berbanding dolar AS daripada 4.0200/02504 yang dicatatkan sewaktu ditutup pada semalam.

“Susulan pengumuman itu, para pelabur telah mengalihkan tumpuan terhadap dolar AS kini didagangkan dalam sentimen yang positif," katanya.

Menurutnya, ringgit diniagakan dalam sentimen kurang memberangsangkan biarpun mendapat permintaan tinggi, susulan tindakan pelabur menunggu hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) yang dijadualkan hari ini.

“Kami tidak menjangkakan sebarang perubahan bagi kadar faedah. Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus juga amat berpengalaman di bank pusat itu dan dijangka meneruskan kesinambungan dasar sedia ada. Namun, pasaran akan lebih menumpukan terhadap sebarang isyarat atau petunjuk bagi kemajuan masa depan.

“Malah, memandangkan keadaan politik dan fiskal yang mencabar pada masa akan datang, saya menjangkakan ini (keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari) tidak mungkin cenderung ke arah kenaikan kadar faedah,” katanya.

Selain itu, berbanding kelompok mata wang utama lainnya, ringgit diniagakan rendah.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9623/9654 daripada 2.9613/9665 dan lemah berbanding yen kepada 3.6387/6424 daripada 3.6128/6183 semalam.

Unit tempatan itu juga rendah berbanding euro kepada 4.7283/7335 daripada 4.7118/7189 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.3428/3484 daripada 5.3233/3319. - Bernama