Pada pukul 9.26 pagi, unit tempatan disebut harga pada 3.9250/9280 berbanding dolar AS daripada 3.9220/9250 pada penutupan Isnin.

Pasaran ditutup pada Selasa sempena cuti umum Hari Pekerja.

Seorang peniaga berkata, pedagang juga menjangkakan Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan penanda aras kadar faedah pada mesyuarat dasarnya yang berakhir pada Rabu, namun dijangkakan menaikkannya pada mesyuarat bulan depan susulan tanda-tanda peningkatan dalam ekonomi negara itu.

"Jika data pekerjaan akan datangnya positif, ia dijangkakan meningakkan dolar AS dan sekali gus memberi tekanan ke atas ringgit," katanya.

Sementara itu ringgit didagangkan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia tinggi berbanding dolar Singapura kepada 2.9432/9465 daripada 2.9618/9652 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.5753/5790 daripada 3.5893/5930.

Unit tempatan juga tinggi kepada 5.3435/3480 berbanding pound British daripada 5.3841/3898 dan meningkat kepada 4.7088/7140 daripada 4.7519/7571 berbanding euro. - Bernama