Selain hidangan stik yang merupakan 'signature', Me'nate Steak Hub menampilkan menu berasaskan makanan laut udang kara (lobster) antaranya Andalusian Lobster, Thermidor Lobster dan Jerk Lobster.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Ashraf Syed Ali berkata, cawangan Johor Bahru merupakan cawangan kelima dan merupakan restoran pertama di luar Lembah Klang.

"Pembukaan cawangan terbaharu ini membuktikan restoran Me'nate Steak Hub mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan setia kami.

"Kami turut merancang untuk membuka empat lagi cawangan baharu secara berperingkat tahun ini ke Kelantan, Pulau Pinang, Melaka dan Damansara, Selangor," katanya di sini 

Terletak di Jalan Glasiar, Taman Tasek di sini, Me'nate Steak Hub menjanjikan memori indah buat pelanggan apabila selain pelbagai sajian stik, mereka turut menyediakan menu masakan berasaskan ikan, ayam serta masakan Itali.

Me'nate Steak Hub Johor Bahru mula dibuka esok dan akan beroperasi setiap hari bermula pukul 11 hingga 12 malam kecuali hari Jumaat pada pukul 3 petang hingga 12 malam.

Pelanggan yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi Me'nate Steak Hub di talian 019-2611047, 019-4771047 atau 019-3911047. - K! ONLINE.