Jika anda seorang yang mudah jatuh cinta dengan kemanisan serta rasa pedas, sajian terbaharu, Piza Samyeang pastinya menepati citarasa anda.

Piza Samyeang diilhamkan daripada nama The Samyeangs, kumpulan muzik Domino’s yang terdiri daripada 3 anggota.

Disertai dengan penampilan bintang khas wanita, Ayam-haseyo, kumpulan tarian ini telah melancarkan dan mempersembahkan video muzik yang menarik untuk sos pedas Korea semasa pelancarannya di Evolve Concept Mall, Ara Damansara hari ini.

Pengurus Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan berkata, sos Samyeang yang unik ini telah menjadi salah satu bahan tumpuan dalam sajian piza terbaru Domino’s.

“Kombinasi rasa pedas dan manis yang menyempurnakan keunikan piza terbaharu ini akan membuat anda menginginkannya lagi!

“Diilhamkan daripada makanan Korea kegemaran rakyat Malaysia, sajian piza Samyeang  terbaru Domino’s ini menawarkan tiga pilihan iaitu Piza Tuna Samyeang, Piza Ayam Samyeang dan Piza Daging Samyeang di mana setiap hidangan ini telah dicipta khas dengan kombinasi rasa pedas dan manis yang unik,” katanya.

Selain itu, tambahnya, Domino’s juga telah memperkenalkan KepakAyam-haseyo, iaitu kepak ayam yang telah dibakar sempurna dengan lapisan luar yang disaluti sos sedap Samyeang.

Untuk mendapat nilai yang lebih baik lagi, para pelanggan boleh memesan 2 Pizza Deal dan menikmati Piza Samyeang terbaru dengan lebihan keju.

Harga yang ditawarkan adalah daripada RM33 untuk 2 piza bersaiz regular, RM55 untuk 2 piza bersaiz besar dan RM77 untuk piza bersaiz Ekstra Besar.

Manakala Piza Samyeang bersaiz personal adalah sah untuk tawaran Super Tuesday pada setiap hari Selasa dengan tawaran harga bermula serendah RM3.90 untuk tempahan dalam talian dan RM4.90 untuk tempahan di kaunter.

Sajian terbaru Piza Samyeang dan Kepak Ayam-haseyo boleh didapati di semua rangkaian Domino’s Pizza dari 26 Februari.

Anda juga boleh menempah dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau menghubungi 1300-888-333 untuk membuat pesanan. Kongsikan gambar dan video Piza Samyeang anda di media sosial dan tag kami di @dominosMY dan #samyeang. - K! ONLINE