Ketua Kajian dan Pembangunan Singapura, Yunha Lee berkata, projek tersebut yang sedang dalam pembinaan di Iskandar Puteri, Johor dijangka siap menjelang tahun 2020 dan ia akan melibatkan kawasan seluas 100,000 meter persegi.

“Kami masih dalam perbincangan berhubung produk yang bakal dikeluarkan di sana dan memandangkan ia beroperasi di Malaysia, kami juga sedang berusaha ke arah mendapatkan sijil halal untuk memenuhi keperluan pelanggan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersempena Journey To Beauty, perhimpunan petugas media dari lima buah negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Indonesia selama dua hari bertempat di ShangriLa Rasa Ria, Kota Kinabalu, Sabah.

AmorePacific dijangka me­labur antara RM500,000 hingga RM600,000 untuk memba­ngunkan kilang pengeluaran dan pusat R&D tersebut. - K! ONLINE