Ketua Unit Penyelesaian Ganjaran dan Faedah Korn Ferry Global, Bob Wesselkamper berkata, pihaknya turut mengunjurkan perkhidmatan kewangan, pembinaan dan pembangunan hartanah serta industri pengurusan mencatat kenaikan kadar gaji tertinggi.

Ini berbanding sektor seperti kesihatan dan sains kehidupan, minyak dan gas serta produk industri yang berdepan keadaan sebaliknya.

“Kami melihat berlakunya langkah pengurangan upah atau gaji sebenar di peringkat global berikutan kenaikan inflasi di sebahagian besar dunia ketika ini.

“Kadar kenaikan atau pengurangan gaji adalah berbeza mengikut peranan, industri, negara serta rantau.

“Namun, apa yang jelas, secara purata pekerja tidak lagi melihat pertumbuhan gaji yang sama seperti mereka nikmati setahun lepas,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Wesselkamper berkata, kadar purata bonus juga dijangka berkura­ngan pada 2018 iaitu kepada 2.5 bulan berbanding 2.6 bulan yang dicatatkan pada tahun ini. - K! ONLINE