Melaka 27 Januari 2018 - Pengerusi Penyelaras Pembangunan Parlimen Bukit Katil, Tan Sri Mohd. Ali Rustam di Majlis Penyampaian Program Bantuan Persekolahan dan Tuition Rakyat anjuran Yayasan Bank Rakyat di Dewan Dato' Demang Husin, Bukit Katil.disini hari ini.Gambar : MOHD AZIM ABD RAHMAN / Pemberita : SUFFIAN ABU BAKAR (UTUSAN)

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, melalui usaha tersebut, ia akan membawa PKS ke pe­ringkat global sekali gus terlibat secara aktif dalam rantaian penawaran antarabangsa.

“Kita melihat potensi besar sektor e-dagang ini di masa depan memandangkan kerajaan telah meletakkan sasaran pe­ningkatan kepada 10,000 syarikat menyertai platform berkenaan menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Wacana Keu­sahawanan Bajet 2018 ‘Apa Kita Dapat?’ di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh di sini semalam.

Menurut Mohd. Ali, penglibatan PUNB itu juga sejajar dengan saranan kerajaan yang menyasarkan Malaysia menjadi ekonomi termaju berpendapatan tinggi menjelang 2020 dengan nilai dagangan semasa berkembang kepada RM2 trilion pada 2025.

“Ini seterusnya membolehkan negara menikmati impak manfaat Revolusi Industri Keempat (IR4.0) secara ketara menjelang 2030,” ujarnya.

Terdahulu, seramai 1,000 peserta menyertai wacana keusahawanan tersebut.

Tambah Mohd. Ali, ia merupakan salah satu usaha berterusan PUNB untuk memperkasakan kemahiran ke­usahawanan dalam kalangan masyarakat dengan melahirkan komuniti usahawan berpenge­tahuan, berwibawa dan berintegriti.

“Program julung kali dianjurkan ini juga memberi peluang kepada usahawan mendapatkan maklumat dan menjalin kerjasama pintar dari aspek perundi­ngan, perkongsian maklumat, geran, latihan dan teknologi yang boleh dimanfaatkan,” tambahnya.