Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menyasarkan jumlah itu meningkat kepada 30 peratus.

Katanya, dalam usaha untuk mencapai angka berkenaan, PKS tidak boleh mengambil mudah mengenai aspek pembungkusan dan kualiti untuk memastikan produk mereka diterima masuk dalam pasar raya itu.

“Pasar raya besar mempunyai reputasi antarabangsa yang amat tinggi untuk menerima sesuatu produk PKS dan antara aspek yang dititikberatkan adalah pembungkusan, jenama dan kualiti produk,” katanya kepada pembe­rita selepas merasmikan program Hari Bersama PKS di kementerian itu di sini semalam.

Beliau turut melancarkan buku panduan kemasukan produk halal PKS ke pasar raya besar tempatan dan rangkaian asing untuk menjadi rujukan pengusaha tempatan.

Saifuddin berkata, buku panduan yang dihasilkan itu berdasarkan input daripada pengusaha pasar raya yang wajar dimanfaatkan usahawan PKS baharu dan sedia ada.

Katanya, pengusaha PKS yang telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh pasar raya besar tetapi masih gagal untuk memasukinya boleh membawa perkara itu kepada pihak kementerian.

Saifuddin memaklumkan, walaupun jumlah pasar raya besar adalah kecil berbanding kedai runcit biasa tetapi mereka menguasai lebih 60 peratus daripada pasaran runcit negara.

“Oleh itu, pasar raya besar boleh menjadi saluran pemasaran yang baik kepada produk PKS,” kata­nya. – Bernama

Tarikh tutup pertandingan ialah 22 Oktober ini. Maklumat lanjut berkenaan Pertandingan Reka Cipta Iklan Komersil 2018 boleh didapati menerusi laman http://spacedeals.1pengguna.com.