Rangkaian produk kecantikan kulit terbaharu itu tampil dengan gah untuk menembusi pasaran tempatan melalui formulasi khas yang menggunakan epigenetik khusus untuk membendung penuaan kulit wajah. 

Epigenetik merupakan satu faktor luaran seumpama persekitaran, gaya hidup, tekanan hidup, pendedahan kepada cahaya matahari dan rejim penjagaan kulit individu yang mempengaruhi genetik manusia selain DNA. 

Dikatakan faktor genetik dipengaruhi DNA hanya memberi kesan sebanyak 30 peratus manakala 70 peratus kesihatan kulit manusia ditentukan melalui epigenetik. 

Menyedari keistimewaan dan kelebihan epigenetik itu, Pengurus Bahagian Pendidikan Babor International, Fabienne Lindholm berkata, jenama Babor merangka strategi untuk menghasilkan Skinovage yang diformulasi menggunakan EpigenTech Power Peptide iaitu sejenis bahan utama dalam epigenetik. 

“EpigenTech Power Peptide yang terkandung dalam rangkaian produk Skinovage memberi jaminan bahawa maklumat genetik bertanggungjawab untuk mengekalkan awet muda dapat digunakan pada tempoh lebih lama. 

“Sementara, sel kulit akan kekal muda dan aktif serta menghasilkan sel yang lebih kuat untuk mencantikkan kulit wajah, “ kata beliau melalui persidangan video pada majlis pelancaran Skinovage di Hotel New World Petaling Jaya, Selangor petang tadi. 

Turut hadir ialah Pengurus Besar Luxor Beauty World Sdn. Bhd., Jeffrey Wong. 

Tambah Lindholm bahawa Skinovage turut merupakan produk penyelesaian penjagaan kulit seharian bagi jenis kulit dipengaruhi faktor genetik dan persekitaran.

Menurut Jeffrey, kajian terhadap asid deoksiribonukleik (DNA) telah mengorak langkah lebih maju sejak dekad yang lepas dan ia telah membawa perubahan besar dalam industri kecantikan. 

“Pada hari ini, kajian epigenetik menunjukkan bahawa gen-gen dalam tubuh manusia tidak semestinya menentukan segala-galanya. 

“Hanya 30 peratus daripada kadar penuaan ditentukan melalui gen-gen dalam badan manakala 70 peratus pula dipengaruhi faktor persekitaran, “ ujarnya lagi. 

Dalam pada itu, Skinovage yang terbaharu itu didatangkan dalam empat jenis iaitu bagi kulit kering, sensitif, kombinasi, berminyak dan letih. 

Orang ramai yang berminat untuk menggunakan rangkaian produk Skinovage boleh membelinya di semua pusat kecantikan seluruh negara pada harga RM400++. 

Untuk maklumat lanjut layari laman web www.babor.de - K! ONLINE