Pengarah Urusannya, Kuan Mun Leong berkata, peningkatan tersebut dicapai menerusi pengelua­ran tambahan dan harga jualan purata yang lebih tinggi.

“Bagaimanapun, Kumpulan mencatatkan pengurangan jika diban­dingkan dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM148.2 juta pada suku pertama sebe­lumnya.

“Sebahagian besar penurunan itu di­sebabkan kos bahan mentah yang tinggi dan pela­rasan permintaan pasaran berikutan langkah meneruskan pengeluaran sarung tangan vinil di China,” katanya menerusi satu kenya­taan di sini semalam.

Sungguhpun demikian, Mun Leong menjelaskan, syarikat tetap yakin dengan prospek masa depan, berasaskan permintaan kukuh dalam sektor sarung tangan yang terus berkembang pada kadar lapan hingga 10 peratus setahun.

“Untuk memenuhi permintaan yang bertambah, pelan perkembangan kami yang dilaksanakan menerusi Kompleks Pengilangan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC) di Sepang, Selangor dijangka menghasilkan pertumbuhan pendapatan pada masa depan.

“Tiga barisan pengeluaran di Kilang 5 NGC kini sudah beroperasi, manakala yang lain akan ditauliahkan secara berperingkat dan siap sepenuhnya menjelang Mac 2019,” katanya.

Tambah beliau, langkah tersebut akan meningkatkan jumlah kapasiti kepada 37 bilion keping sarung tangan setahun.

MUN LEONG
MUN LEONG 

Mun Leong menerangkan, pembinaan Kilang 6 sedang dilaksanakan dengan barisan pengeluaran pertama dijangka bero­perasi menjelang separuh kedua 2019.

“Apabila selesai sepenuhnya, ia akan menambah sebanyak 4.7 bilion keping sarung tangan terhadap kapasiti pengeluaran tahunan Kumpulan,” katanya.

Ujar beliau, melangkah ke hadapan, Hartalega akan memberi tumpuan meningkatkan kecekapan, disokong oleh inovasi terbaharunya, sarung tangan antimikrob (AMG) yang pertama di dunia.

“Kami berjaya menghantar bekalan pertama AMG ke sebuah syarikat bekalan perubahan Jerman pada September lalu dan potensi pertumbuhan bahagian pasaran produk berkenaan ternyata menggalakkan,” katanya.