Rapid Rail merupakan anak syarikat Prasarana.

Dalam kenyataan, Prasarana berkata, sebelum ini Muhammad Isom ialah Ketua Pegawai Operasi MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK).

Muhammad Isom berkata, tumpuan utama Rapid Rail akan mempromosikan lagi perkhidmatannya sebagai perkhidmatan yang menarik, selesa dan selamat kepada penduduk bandar dan menyokong penggunaan lebih tinggi khususnya semasa luar waktu puncak.

“Kami akan terus bekerjasama erat dengan pemegang kepentingan terutama dalam kalangan sektor swasta untuk merancakkan lagi dan memberi nafas baharu kepada stesen dan perkhidmatan kami,” katanya. - Bernama