Perkhidmatan tersebut yang disasarkan kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), usahawan mikro dan pemain perniagaan e-dagang menawarkan pelbagai pakej perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md. Najib Syed Md. Noor berkata, SendParcel menawarkan harga terbaik serta perkhidmatan kutipan barangan percuma.

Selain itu, pelanggan juga tidak perlu lagi mengisi label penghantaran atau nota konsainan secara manual kerana ia akan dijana secara automatik oleh sistem online tersebut.

“Platform ini juga membolehkan pelanggan menguruskan penghantaran pukal dan alamat secara online, mendapatkan kadar penghantaran serta-merta dan sebut harga segera, kemudahan laporan dan penjejakan barangan serta kredit bonus untuk pelanggan setia.

“Ia merupakan salah satu pelaburan penting Pos Malaysia dalam memastikan perkhidmatan kami lebih mantap bagi menyokong aspirasi untuk memanfaatkan peluang e-dagang di dalam dan luar Malaysia,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini semalam.

Terdapat lapan pakej bernilai tambah disediakan dan masing-masing menawarkan kadar serta faedah yang menarik.

Untuk menggunakan SendParcel, pelanggan hanya perlu membuka akaun dengan Pos Laju dan menambah kredit di www.poslaju.com.my.