Mereka menggantikan ahli-ahli lembaga pengarah yang bakal bersara pada 31 Disember ini iaitu Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Tan Sri Zarinah Anwar.

Ahmad Badri merupakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan telah berkhidmat dengan Kementerian Kewangan selama lebih 25 tahun manakala Zainun ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia dan sebelum itu meme­gang pelbagai jawatan di Perkhid­matan Undang-Undang dan Kehakiman.

Nik Ramlah pula ialah bekas Timbalan Ketua Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan kini berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Johan Ariffin yang kini merupakan Pengerusi Mitraland Group of Companies dan Pelaburan Hartanah Nasional Bhd. memiliki pengalaman luas dalam bidang pembangunan hartanah, perbankan dan insurans serta turut menjadi ahli lembaga pengarah bagi beberapa syarikat tersenarai awam terma­suk Sime Darby Property Bhd.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, beliau mengalu-alukan pelantikan ahli-ahli baharu Lembaga Pengarah PNB dengan pengalaman luas yang dimiliki serta saling melengkapi dalam bidang masing-masing iaitu pelaburan, undang-undang, ekonomi dan juga hartanah.