Ketua Pizza Hut Malaysia, Loi Liang Tok berkata, ciptaan menu terbaharu itu bertujuan untuk meraikan semangat dan keghai­rahan masyarakat yang menggemari buah durian.

“Kami mahu menjadi jenama yang menghubungkan orang ramai menerusi keenakan piza dengan detik-detik istimewa yang dikongsikan bersama orang tersayang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Liang Tok menjelaskan, ciptaan menu istimewa ini bakal mencetuskan fenomena tersendiri yang mana hidangan tersebut akan membawa mereka kepada sebuah pengembaraan enak dengan kombinasi rasa durian dan keju beserta piza.

“Seperti mana diketahui, durian memberi letusan rasa berkrim di setiap gigitan yang mana ia akan membuatkan peminatnya menikmatinya dengan penuh ke­puasan,” tambah beliau.

Durian Cheese Pizza boleh didapati secara àla carte dan pilihan kombo pada harga bermula RM44.50.