SAM
SAM

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Sam Shafie berkata, setakat ini sebanyak 20 syarikat, yang kebanyakannya entiti berasaskan teknologi telah memeterai perjanjian bagi menggunakan platformnya untuk mengumpul dana bagi perniagaan mereka.

“Kami menjangka memeterai lebih banyak perjanjian dalam separuh pertama, tetapi buat masa sekarang kami selesa dengan sasaran (dana) antara RM15 juta dan RM25 juta dan 20 syarikat yang menggunakan platform ini.

“Selain itu, kami juga menyasarkan kemajuan yang baik walaupun percaya dapat mencapai dana yang tinggi bagi tahun ini,” kata­nya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Pendanaan Awam Ekuiti pitchIN 2017 di sini semalam.

PitchIN telah mengumpulkan dana berjumlah RM14.02 juta bagi 12 penerbit pada tahun lalu, sekali gus me­nguasai 60 peratus bahagian pasaran.

Menurut Laporan Penda­naan Awam Ekuiti pitchIN 2017, daripada 12 penerbit yang memanfaatkan platform tersebut, kurang daripada lima adalah daripada sektor bukan teknologi, manakala selebihnya merupakan syarikat teknologi.

Mengulas mengenai perkara ber­kenaan, Sam berkata, peratusan besar syarikat teknologi itu adalah disebabkan minat pelabur untuk me­labur.

“Lebih 50 peratus daripada pelabur terdiri daripada golongan milennial berusia antara 22 dan 34 tahun yang lebih cenderung ke arah syarikat teknologi,” jelasnya.

Sementara itu, industri pendanaan awam ekuiti di Malaysia mengumpul sebanyak RM23.39 juta pada tahun lepas.

Kaedah tersebut dilihat sebagai sumber pembiayaan berdaya maju bagi perusahaan kecil dan sederhana dan pemula niaga.

Pada 2016, sejumlah 22 kempen pendanaan awam dilancarkan di ­Malaysia. – BERNAMA