GANESH
GANESH

Sementara hasil pendapatan eksport diunjurkan meningkat kepada RM50 juta daripada RM39 juta tahun lepas.

Pengerusinya, Ganesh Kumar Bangah berkata, acara yang bermula 3 September hingga 7 September ini terbukti menjadi platform yang baik bagi peniaga tempatan.

Ia juga merupakan sebahagian daripada ekosistem yang me­nyumbang kepada pendapatan perdagangan elektronik (e-Dagang) domestik dan eksport.

“Selaras dengan tema ­Memandu Pertumbuhan Melalui Semua Saluran e-Dagang, karnival ini bertujuan menggalakkan perusahaan mikro mengamalkan pendekatan semua saluran untuk perniagaan.

“Ini sekali gus mengurangkan pergantungan mesej media sosial peri­badi,” katanya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Ganesh Kumar ber­kata, pihaknya me­nyasarkan 1,200 peniaga mengambil bahagian ba­gi penganjuran tahun ini berbanding 1,007 peniaga pada 2017.

Tambahnya, sekurang-ku­rangnya 50 peratus daripada peserta terlibat dijangka menjadi pengeksport.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, lebih 600 peniaga telah berdaftar untuk menyertai jualan itu sejak prapelancarannya 10 Julai lalu.

#Mycybersale berkembang dari tahun ke tahun di bawah kelolaan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan catatan GMV sebanyak RM67 juta pada tahun 2014, RM117.7 juta (2015) dan RM211 juta (2016).

Pikom kemudiannya menerajui inisiatif berkenaan sejak tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MDEC, Datuk Ng Wan Peng berkata, #Mycybersale menawarkan platform untuk perniagaan mikro memulakan pembinaan jenama dan pangkalan pelanggan di Malaysia dan ke peringkat seterusnya.

“Adalah penting bagi kami untuk membantu syarikat tempatan membangun, malah syarikat-syarikat yang lebih kecil boleh memanfaatkan peluang pertumbuhan terbaik ini dengan menggunakan e-Dagang dalam operasi mereka.

“Banyak perusahaan kecil dan sederhana telah mula menggunakan platform digital sebagai persediaan perniagaan dengan #Mycybersale di bawah ke­pimpinan Pikom sedang menarik pembiayaan sektor swasta.

“MDEC akan terus memainkan peranan menyokong,” ujarnya.