Pada 2017, Petronas menyalurkan dividen bernilai RM16 bilion kepada kerajaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, kadar itu lebih tinggi berbanding nilai asal sebanyak RM19 bilion yang diumumkan pada Mac lepas.

“Pada separuh pertama tahun ini, kami mencatatkan keuntungan selepas cukai bernilai RM26.6 bilion, meningkat 54 peratus berbanding RM17 bilion yang direkodkan pada tempoh sama tahun lalu.

“Perolehan pula meningkat kepada RM117 bilion daripada RM108 bilion pada tahun sebelum, dipacu oleh fokus berterusan kepada kecemerlangan operasi serta pengukuhan harga komoditi.

“Bersandarkan kepada pres­tasi ini, kami komited untuk menyalurkan dividen lebih tinggi yang bernilai RM24 bilion kepada kerajaan pada tahun 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis pengumuman prestasi kewa­ngan Petronas bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2018 di sini semalam.

Sementara itu, ditanya mengenai prospek bagi harga minyak mentah Brent pada 2019, Wan Zulkiflee berkata, Petronas akan membuat segala perancangan bersandarkan pada harga purata sebanyak AS$66 (RM271) setong.

“Sasaran konservatif ini adalah lebih rendah berbanding hampir AS$73 (RM300) setong yang dijangka hingga hujung tahun ini.

Setakat 30 Jun lalu, jumlah aset syarikat minyak dan gas nasional itu meningkat kepada RM610.7 bilion dan aliran tunai Kumpulan turut menokok kepada RM41.7 bilion.